Your MP's Question of the Week #13
- Terjemahan oleh Lee Wee Tak - Ucapan ribuan terima kasih dari Wee Choo Keong -
Soalan Mingguan WR Anda #13Pengumuman pentadbiran Badawi bahawa kenaikan harga minyak sebanyak 41% iaitu sebanyak 78 sen kepada RM2.70 selitre pada tanggal 5 Jun amatlah membebankan semua.
Lebih-lebih lagi apabila Malaysia adalah pengekspot bersih minyak (sila meneliti gambarajah di bawah yang membandingkan harga minyak kita dengan negara-negara pengekspot yang lain)

Harga semua barang akan dipengaruhi dan rakyat jelata akan sengsara kerana pendapatan mereka secara amnya tidak meningkat banyak semenjak kegentingan kewangan tahun 1997.
Harga barang keperluan seperti beras, ikan, telor, gula, minyak masak dan susu pekat dan sebagainya sudah melonjak besar. Dengan jumlah wang yang sama di tangan, rakyat jelata hanya boleh membeli barangan berkurangan. Ini membawa maksud bahawa makanan semua keluarga kena dikurangkan. Kesan buruk kenaikkan harga minyak adalah pada harga rumah dan pengangkutan yang akan menindas kuat ke atas riwayat rakyat jelata pada hari-hari yang akan datang.
Pentadbiran Badawi nampaknya kurang peka dan sedia membiarkan rakyat sengsara dengan membenarkan kenaikkan harga minyak besar-besaran. Rakyat jelata mesti berani menyuarakan perasaan mereka untuk membangunkan perdana menteri yang kuat tidur dan tidak memahami masalah-masalah rakyat. Tetapi pihak polis dan perdana menteri yang pincang itu menerusi media umum telah meminta rakyat supaya jangan membuat bantahan. Oleh itu soalan untuk minggu ini adalah….
Sebagai warganegara negara ini, adakah adil dan wajar untuk polis dan perdana menteri Malaysia ,melarang rakyat jelata berkumpul dan menyuarakan kesengasaraan mereka kepada pihak pentadbiran secara umum dengan hasrat supaya tindakan-tindakan tertentu boleh diambil untuk mengatasi kesengsaraan mereka?
(Tulis comment anda di sini.)
