Your MP's Question of the Week #14
- Terjemahan oleh Lee Wee Tak - Ucapan ribuan terima kasih dari Wee Choo Keong -
Soalan Mingguan WR Anda #14Di ruang blog yang saya baca di sini sana, secara amnya adalah ditanggap bahawa saya membawa dendam peribadi terhadap AirAsia.
Rungutan yang saya baca termasuk persoalan mengapa saya terus berkeras dalam isu-isu tertentu yang telah saya ungkitkan dalam blog saya dan juga di dalam parliament dan mengapa saya tidak melepaskannya apabila syarikat persendirian ini telah menyalahgunakan wang rakyat.
Jika tak silap saya, ramai orang mahu saya "tutup satu mata." Saya rasa ini tidak wajar kerana mengapa saya hendak buat begitu apabila saya tahu jika saya guna dua mata, saya akan melihat dengan pandangan yang lebih menyeluruh?
Saya dengan jujurnya menyatakan saya tidak ada dendam peribadi dengan AirAsia dan saya berharap sebenarnya saya tidak perlu mengungkitkan perkara mengenai pembinaan bangunan LCCT untuk syarikat persendirian dengan wang rakyat dan wang hutang kepda MAB yang mencapai angka RM110 juta.
Apabila saya rasa saya boleh mengurangkan tekanan saya terhadap AirAsia, perkara ini timbul pula.
Selepas anda baca pendapat blogger ini terhadap syarikat penerbangan tersebut, tuan-tuan dan puan-puan boleh memberitahu saya sama ada saya ada hidung yang peka yang boleh menghidu kesan kesan busuk yang ditinggalkan apabila wang darah peluh rakyat dibazirkan dengan sewenang-wenangnya untuk menyokong perniagaan-perniagaan persendirian yang tertentu. Bacalah di sini.
Oleh itu, soalan saya minggu ini adalah:
Patutkah WR anda untuk Wangsa Maju "tutup satu mata" terhadap langkah-langkah kotor pihak pentadbir menggunakan wang umum untuk membantu syarikat-syarikat persendirian ataupun WR anda terus membuka lebar matanya terhadap salah guna wang umum?
(Tulis comment anda di sini.)
