"Choo Keong: ‘Flying Dutchman’ akhirnya bertemu tempat berlabuh"
- penjemahan -
WEE Choo Keong, calon PKR untuk kawasan Parlimen Wangsa Maju, telah berada dalam kemelut perundangan dari tahun 1993 sehingga 2007. Kemelut selama 14 tahun bermula apabila beliau dipecat, bukan sahaja dari kerusi bahagian Kuala Lumpur Bandar (sekarang Bukit Bintang) pada 1995, tetapi juga oleh DAP, parti politik yang disertainya ketika itu.
“Saya seperti Flying Dutchman yang tiada pangkalan untuk berlabuh,” akui peguam berusia 53 tahun yang merupakan anak kelahiran Kota Bharu dan dibesarkan di Pulau Pinang itu, mengaitkan cerita rakyat tentang seorang nakhoda kapal yang disumpah untuk terus belayar di lautan kerana tiada satu pelabuhan pun yang menerimanya.
Selepas pemecatan Wee dari DAP pada 1998 atas alasan telah mencalarkan imej parti, beliau menubuhkan pula Parti Demokratik Malaysia dengan tujuan untuk terus terlibat dalam politik. Semasa itu beliau sedang bergelut dengan mahkamah atas tuduhan salah laku korporat susulan tindakan undang-undang yang dimulakan Kumpulan MBF pada 1993.
Beliau cuba menyertai PKR pada tahun 1999, sewaktu kemuncak pergerakan reformasi, namun ditolak oleh Chandra Muzaffar, timbalan presiden parti ketika itu yang berpendapat tiada tempat bagi bekas ahli DAP dalam parti yang baru ditubuhkan itu.
Tidak dinafikan, beliau berada di dalam kelompok berbagai kaum yang menjadi sasaran semula jadi PKR dalam merekrut ahli, tetapi beliau tidak begitu bersungguh-sungguh untuk turut serta kerana apa yang berlaku pada tahun 1999 masih segar dalam ingatan.
Video Lingam titik pertemuan
Apabila pemimpin tertinggi PKR, Anwar Ibrahim mendedahkan video Lingam September yang lalu, yang mana menunjukkan peguam VK Lingam dikatakan berunding mengenai pelantikan dalam sistem kehakiman, Wee tiba-tiba muncul, bukan untuk membalas dendam tetapi lebih kepada untuk membersihkan nama beliau.
Hakim yang dikaitkan dalam video itu adalah Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, yang mana pada Ogos1995, sebagai hakim pilihan raya telah membatalkan kemenangan Wee dalam pilihan raya umum April 1995 dan sebaliknya memberi kemenangan bagi kawasan parlimen Bukit Bintang kepada calon MCA. Keputusan luar biasa itu dibuat berikutan denda RM7,000 yang dikenakan terhadap Wee sehari sebelum penamaan calon pada tarikh tersebut. Calon boleh hilang kelayakan untuk bertanding jika mendapat denda sebanyak RM1,000 dan hukuman penjara tidak lebih dari satu tahun.
Wee adalah penasihat undang-undang kepada Thirunama Kasaru, iaitu adik dan juga bekas pekerja VK Lingam, dalam siasatan mengenai video tersebut.. Thirunama adalah salah seorang saksi dalam siasatan itu.
Kesan tidak langsung siasatan suruhanjaya itu membuka peluang membersihkan namanya yang tercemar akibat petisyen pilihan raya pada Ogos 1995 membabitkan kerusi parlimen yang dinafikan kepada beliau. Apatah lagi, mahkamah telah melucutkan semua pertuduhan MBF terhadap Wee berserta kos tahun lalu. Akhirnya, kemelut perundangan yang dialami beliau selama 14 tahun berakhir.
Semua itu akan lebih bermakna sekiranya Wee berjaya merampas kerusi Wangsa Maju daripada wakil MCA, Yew Teong Look, penyandang yang menang dengan majoriti 10,000 undi. Jika beliau tewas sekalipun, Wee seolah-olah telah bertemu jalan pulang apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memperkenalkan beliau kepada penyokong-penyokong parti di kawasan itu.
“Bila mereka tahu saya dilahirkan di Kelantan dan mendengar loghat Kelantan saya, mereka bersorak gembira dan mengetuk meja serta mengalu-alukan saya sebagai sebahagian dari mereka,” Wee berkata.

Wee Choo Keong, PKR’s candidate for the mixed-race parliamentary constituency of Wangsa Maju in the Federal Territory, had been in a kind of legal limbo from 1993 to 2007, a 14-year run of troubles compounded by ejections not only from his seat of Kuala Lumpur Bandar (later Bukit Bintang) in 1995, but also from his former party, DAP.
Wee was counsel to Thirunama Karasu (photo, right), VK Lingam’s younger brother and former factotum, in the recent inquiry of the royal commission that probed the circumstances of the tape. Thirunama was a witness in the inquest.